Tuesday, 28 October 2014

Hati yang Ku Kenali

~Permulaan kisah baru buat diriku yang masih Mencari~

Bismillahirahmanirrahim...

BAB 1

"Assalamualaikum" ucap Puan Siti Aminah kepada temannya. "Waalaikumsalam, eh..Siti!! lama tak dengar khabar kau kan? Lupa aku la tu", ujar Puan Ani terhadap sahabatnya itu sambil memeluk erat lengan ibuku. Puan Siti turut tertawa dan tersenyum riang mendengar kata-kata temannya itu. "Sibuk sikit la akak, anak-anak masuk sekolah, yang sorang lagi ni tunggu tawaran universiti pulak", katanya sambil menunjukkan ke arah aku yang berada di sebelahnya. "Saya datang ni pun nak minta tolong akak jugak la supaya dapat masukkan anak saya ni ke UIA tempat akak kerja tu". Puan Ani yang mendengar dari awal kata-kata ibuku hanya mengangguk tanda faham. "Bagi kat akak slip exam SPM dia, insha Allah akak tolong mana-mana yang patut" kata Puan Ani seraya memandang ke arah aku yang masih diam seribu bahasa. Aku hanya mampu tersenyum mendengar bait-bait perbualan ibuku dan rakannya. Segan juga kerana terpaksa meminta pertolongan dari Makcik Ani untuk memasukkan aku ke pusat pengajian walaupun ibuku tetap berkeras dengan cadangannya itu. Keputusan SPM aku tidaklah secemerlang mana tapi Alhamdulillah tiada yang gagal. Kadang kala aku menganggap bahawa kesibukan yang maha dasyat sebagai Ketua Pengawa Sekolah lah yang menjadikan tumpuan aku sebagai pelajar terjejas. Namun, ayahku menganggap bahawa setiap insan belajar dan memperolehi ilmu melalui pengalaman. Jadi, aku juga dikira beruntung dan berjaya menjadi seorang pemimpin serta pelajar dalam masa yang sama. Alhamdulillah aku punyai keluarga yang banyak membantu diri aku. "Eh, takpelah akak..saya nak beransur dah ni, insha Allah lain kali ye kak" kata-kata ibuku sebentar tadi mematikan lamunan aku yang dah jauh sampai ke kutub utara. "Takde apa yang susah la Ti, buat air je pun" kata Makcik Ani. Namun ibu tetap menolak dengan baik kerana masih banyak urusan yang mesti dia selesaikan hari ni. "Terima kasih ya kak banyak bantu saya dan anak-anak saya ni" ujar ibuku sambil bersalam-salaman dengan Makcik Ani. "Benda kecik je Ti, budak-budak ni nak belajar elok kita tolong kan? Nanti dah besar diorang pulak tolong kita" aku tersenyum dengan kata-kata Makcik Ani itu seraya menyalaminya untuk beransur pulang ke rumah. 

Dalam perjalanan pulang ke rumah aku hanya mampu mendiamkan diri sambil memandang keluar tingkap kereta dan berharap pemandangan sekeliling dapat menenangkan aku. Sekali-sekala aku dapat merasakan pandangan ibu ke arah ibu melalui cermin pandang belakang. Segenap hati aku pada saat kami keluar sahaja dari rumah Makcik Ani tadi, aku mulai rasa tidak selesa, risau dan malu. Sampai sahaja kami di hadapan rumah, ayah yang baru sahaja pulang dari tempat kerjanya menyambut aku, adik dan ibu dengan senyuman. 'Ayah mesti tahu aku dengan ibu pergi mana tadi!' bisik hatiku. "Assalamualaikum" sapa aku dan adik-adik lalu bersalaman dengan ayah yang kian kelihatan kedut serta urat tua di tangan nya. Teringat semula ketika selesai sahaja aku dan ayah solat berjemaah (solat Isyak), ayah berpaling pada aku dan meluahkan rasa hatinya terhadap aku. "Angah, ayah kalau boleh nak sangat kau masuk UIA dan ayah doa semoga dimakbulkanlah hasrat ayah tu" ayah senyum setelah selesai bercakap denganku. Ringkas sahaja kata-kata ayah tapi sangat-sangat memberi kesan buat diriku. "Anak ayah dari rumah Makcik Ani ya?" soalan ayah itu sekali lagi mematikan lamunan ku tadi dan dengan perlahan aku hanya mampu mengangguk. 

Aku berlalu masuk ke kamarku yang memuatkan dua katil; aku dan adik aku yang ketiga. Selepas habis sahaja exam SPM, aku bekerja sebentar sebagai 'cashier' stesen minyak. Sebulan sahaja kemudian ayah mendesak supaya aku berhenti kerja kerana adik-adik tiada siapa yang jaga. Jadi, kamar aku inilah yang jadi tempat aku melepaskan segala penat, sakit, sedih, rindu dan yang paling penting rasa gusar menunggu saat aku akan menjejakkan kaki ke alam baru. Apa yang menggusarkan aku adalah keadaan serta suasana pembelajaran aku akan jadi jauh berbeza daripada biasa. Bukan itu sahaja, mampukah aku peroleh kawan yang sudi bersama aku susah dan senang? Lagi pula, aku bukan dari sekolah yang pandai mahupun terkenal. Aku masihh termenung sedangkan ibu aku sudah beberapa kali memanggil aku ke dapur. "Angah!! Ibu panggil kau lah..Termenung je kau tahu huhh!!" Hana adik aku yang ketiga mula memukul aku dengan bantal. "Woitt!! Sakit lahh..!" balas aku pula. "Kau nak pukul lagi dengan bantal ni?? Ibu panggil kau buat dono je. Padan lah dengan muka kan dah kena sebijik!!" rengus Hana yang tercegat di hadapan aku. "Yela..yelaa..!" aku berlalu ke dapur dan menolong ibu aku apa yang perlu. 


To be continued...


Nukilan, 
Kiyoptafafai92