Monday, 16 February 2015

Hati yang Ku Kenali



Bab 2


Perjalanan menuju ke Pusat Asasi UIA PJ mengambil masa kira-kira 45 minit dengan motor. Pagi tadi ayah aku memberitahu padaku bahawa permohonan aku telah diterima dan surat tawaran tersebut telah pun dihantar ke rumah. Aku dengan ibu segera balik ke rumah dan membatalkan niat untuk kami untuk ke supermarket. Sekarang, aku bersama ayah berkejar ke Pusat Asasi tersebut untuk menghantar kembali surat tawaran yang meminta aku untuk memberikan jawapan samada untuk meneruskan hasrat menuntut di UIA ataupun tidak. Sudah semestinya aku kena bersetuju kerana itulah harapan ayah dan ibu aku. Setelah sampai ke destinasi yang dituju aku seakan tertarik dengan suasana campus UIA tersebut. Aku hanya tersenyum dan berjalan mengiringi ayah ke pejabat pentadbiran yang terletak tidak jauh dari tempat parkir motor. "Assalamualaikum cik..." ucap ayah aku kepada wanita yang berada di kaunter pejabat sesampai sahaja kami di pejabat tersebut. Sambil tersenyum wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an itu menjawab salam ayah "Waalaikumsalam, ye Encik..ada apa-apa yang boleh saya bantu?". Aku hanya berdiri di sebelah ayah sambil memerhati tanpa berkata sepatah pun. "Saya nak hantar surat tawaran berserta jawapan bagi kemasukan pelajar baru ke Pusat Asasi UIA" jawab ayah sambil menghulurkan surat tawaran yang telah disertakan sekali dengan jawapan di dalamnya. "Baik Encik, terima kasih ya.." kata wanita itu ringkas dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari mukanya. "Terima kasih cik..Assalamualaikum" kata ayah sambil berlalu dari kaunter tersebut dan menuju ke motornya. Aku hanya mengangguk umpama burung belatuk pada wanita tersebut dan membontoti ayah ke parkir motor. Sebelum kami keluar dari perkarangan Pusat Asasi UIA, ayah mengerling padaku dan berkata "cantik kan tempat ni.." sambil tersenyum. Aku hanya mampu mengangguk dan membalas senyuman pada ayah walaupun otakku sebenarnya masih tidak mengerti bait kata ayah itu..'Cantik?' Ya, aku sangat sukakan suasananya yang nyaman dan tenang dengan kehijauan pokok-pokok disekelilingnya..tetapi ada suatu perasaan di dalam hati aku yang meronta meminta aku untuk luahkannya segera..Aku kembali berpaling ke wajah ayah dan mengeluh kecil 'hmm'.


Bersambung~


Nukilan,
Kiyoptafafai92.